Friday, August 6, 2010

DISEBALIK UNGKAPAN BABI DAN FAKTANYA



Erkk..Alhamdulillah..kenyang setelah makan rezeki halal yang ALLAH kurniakan...emm so makanan tak halal tak sedap ke?..ahha tu KieSya taknak sentuh, nanti tersilap cakap susah pulak kan..huhu..KieSya nak kongsi sikit pasal fakta mengenai babi ni..em tak sedap kan bunyinye?..ok2,encik Bi..hehe..ok2 jom share info ni,byk membebel lak kan..


“ Kamu adalah apa yang kamu makan,”.

Jika semua orang faham dengan pernyataan ini, sudah tentu mereka berhati-hati dengan pemilihan makanan seharian mereka. Walau bagaimanapun, jika kamu memakan ayam, bukan bermakna kamu seekor ayam. Jika kamu gemarkan chipsmore, sangat mengarut jika saya panggil kamu biskut chipsmore. Dan jangan bimbang jika kamu suka memakan khinzir, saya tidak akan panggil kamu BABI.

Sebagaimana terlintasnya khinzir di tepi blok kediaman saya, tergerak hati ini untuk menulis mengenai makhluk ciptaan Tuhan ini. Bukan tujuan menghina makhluk ini, tetapi ia diciptakan kepada kita sebagai ujian. Allah tidak akan menguji hambaNya sesuatu yang tidak dapat kita hadapi. Oleh itu, moleklah sekiranya kita ada sedikit sebanyak pengetahuan mengenai Encik Bi ini.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging khinzir kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145)

Khinzir diciptakan sebagai haiwan mamalia yang bijak serta mudah dibela berbanding anjing dan kucing. Manakala di Malaysia ungkapan babi digunakan secara meluas khususnya untuk memaki hamun seseorang. Mentang-mentanglah genetic khinzir hampir sama dengan genetic manusia, manusia dipanggil khinzir oleh khinzir bertopengkan manusia.

Namun begitu, daripada aspek positifnya khinzir digunakan sebagai ‘tikus makmal’ dalam eksperimen perubatan yang membabitkan manusia. Hal ini bermakna perkara yang sebaliknya juga boleh berlaku. Kerana persamaan genetic ini, penyebaran penyakit dalam kalangan khinzir boleh merebak kepada manusia. Jadi jika anda menginginkan haiwan peliharaan, khinzir merupakan pilihan yang kurang bijak (dalam cerita Spy Next Door).

Jika anda mempunyai khinzir sebagai haiwan kesayangan, jangan bimbang. Sila pastikan anda mempunyai ubat cacing dan debu tanah yang bersih dalam kuantiti yang banyak. Hal ini kerana khinzir merupakan hos kepada cacing pita yang merupakan parasit kepada manusia. Cacing pita mampu membesar sehingga mencecah 9 meter. Biasanya orang yang menternak khinzir turut menjadi ‘penternak cacing pita yang berjaya’ dalam badan mereka. Dan itulah gunanya ubat cacing itu tadi. Debu tanah? Selain daripada cacing pita dan makhluk-makhluk yang sewaktu dengannya, sejenis cecacing mikroskopik juga menjadikan khinzir sebagai ‘Home Sweet Home’. Cecacing dan telurnya ini tidak akan mati walaupun daging khinzir dimasak ranggup sebagai santapan makan malam. Tetapi cecacing ini ‘allergi’ kepada debu tanah. Jadi sebelum anda menikmati hidangan khinzir anda, sila tambahkan sedikit debu tanah sebagai penambah perisa. Selamat mencuba.

Kenapa kita tidak dibenarkan memakan khinzir? Sanggupkah anda membayangkan resipi kreatif bertemakan khinzir rakyat 1Malaysia seperti sup khinzir cendawan, kepala babi masak asam pedas, dan nasi babi paprik? Mujurlah Islam melarang kita memakan khinzir. Bukan kerana nama menu yang ‘menyelerakan’, tetapi kerana darah. Darah merupakan bahan yang berbahaya kepada manusia kerana darah berperanan mengangkut bahan-bahan kumuh yang tidak diperlukan dalam badan. Oleh itu,binatang sembelihan disembelih di bahagian leher untuk membenarkan kesemua darah mengalir keluar daripada badannya. Cuba kita perhatikan fizikal khinzir. Kat celah mana lehernya?

Khinzir juga tidak berpeluh. Toksin-toksin yang terkandung dalam badan tidak dapat disingkirkan. Biarpun sesetengah orang berpendapat semua mikroorganisma dalam daging khinzir akan mati jika dimasak dengan betul. Namun begitu, siapa yang sudi makan jika mengetahui daging khinzir mengandungi toksin-toksin dan bahan-bahan kumuh berbahaya serta ‘jenazah-jenazah’ mikroorganisma?

Semua perkara-perkara ini memang kita sedia maklum. Bagaimanakah pula dengan kesan psikologi? Tidak mustahil perkara ini berlaku. Sebagaimana racun rumput dipindahkan daripada belalang kepada helang dalam rantaian makanan, begitu juga sedikit sebanyak perangai khinzir dipindahkan kepada manusia. Sebagai contoh jikalau dibandingkan ayam dan khinzir, semestinya ayam lebih elok. Kenapa? Ayam jantan yang berebut pasangan akan bersabung hingga salah satu daripadanya mati. Tetapi khinzir yang mempunyai kepintaran yang lebih tinggi bijak berdiplomasi dengan berkongsi pasangannya. Manusia yang curang bolehlah dikatakan mempunyai ciri-ciri seekor khinzir. Ayam hanya memakan makanan seperti kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (bukan makna pepatah yang saya nak maksudkan). Sebaliknya, khinzir makan sampai muntah dan memakannya kembali untuk memuaskan nafsu makannya. Percaya atau tidak khinzir makan najis mereka sendiri. Jadi, kamu makan daging khinzir yang terdiri daripada najis?

Bukan nak larang kamu makan khinzir tetapi saya ingin kamu berfikir. Apabila kita memakan sesuatu, sedikit sebanyak pengaruh makanan tersebut secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Bukan kerana Malaysia ini sebuah negara Islam barulah khinzir perlu diharamkan tetapi kerana implikasinya terhadap manusia menjadi persoalan. Biarlah apa yang negara lain nak kata, katalah. Yang penting rakyat kita sihat sejahtera. Ternak haiwan tidak salah, tetapi berdosa apabila membawa kemudharatan kepada orang lain. Setiap individu mempunyai pilihan sendiri terhadap gaya hidup mereka. Makanlah apa sahaja yang kamu suka, tapi jangan kerana kamu, orang lain sengsara.

Tetapi pada masa kini, isu khinzir hanya layak dipolitikkan. Untuk meraih undi pengundi bukan Islam, isu khinzir dipandang sebelah mata. Hakikatnya, khinzir ini membawa banyak keburukan daripada kebaikan. Tidak perlu ladang ternak khinzir yang besar untuk menikmati daging khinzir. Import dari luar pun boleh. Berbaloikah ladang khinzir diusahakan supaya segelintir masyarakat dapat menikmati kelazatan khinzir di atas penderitaan orang lain? Kita semua tahu bahawa khinzir berpotensi untuk menjadi ancaman kesihatan, jadi mengapakah isu yang sejelas ini tidak diambil jalan penyelesaian? Perlukah virus baru menyerang dahulu untuk kita bertindak? Perlukah penyakit berjangkit membunuh ramai orang barulah khinzir dihapuskan? Tidakkah peristiwa virus nipah diambil iktibar?

Kita sepatutnya mengambil tindakan alternative untuk perkara ini tanpa menimbulkan konflik dalam masyarakat. Bukan susah, menteri-menteri kita boleh mendirikan bangunan pencakar langit yang banyak, jalanraya yang bertingkat-tingkat dan negara yang maju. Cerdik pandai kita ramai. Takkan isu khinzir yang ringkas ini tidak dapat diselesaikan?

2 comments:

  1. fuhhh..mmg terbaek kiesya..sbuah artikel yg mantap, pdat dan muktahir..leh ganti najib ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Kiesya sekadar ingin berkongsi ilmu. Apa yang kita tahu,kita sebarkan dan kongsi,kerana ilmu itu ALLAH yang punya,sama-samalah kita beramal dengannya,INSYALLAH.

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers