Thursday, July 19, 2012

FAKTA MENARIK TENTANG KUCING

Kucing memang dah jadi binatang peliharaan dari dulu lagi dan pada zaman dahulu,kucing dianggap sebagai dewa. Sebab tu dalam cerita Mummy,dia takut tengok kucing. Tetapi sekarang ni kucing dah jadi peneman bagi manusia. Ada beberapa fakta yang mungkin korang semua tak tahu tentang kucing ni. Sayangilah kucing sebab dia binatang peliharaan yang Rasulullah sayang sangat. Kadang-kadang aku tengok orang sepak terajang je kucing ni,tak kisahla dia kotor ke comot ke,tapi dia bukannya panjat naik atas kepala korang ke apa ke,kalau dia kacau pun minta
makanan je,halau la cara baik kalau tak suka sekali pun. Kucingkan manja,kucing susah sikit nak berdikari berbanding anjing sebab anjing punya level penghiduan dia tinggi.

1. Kucing dewasa mempunyai kira-kira 30 gigi dalam mulutnya, sementara anak kucing mempunyai 26 batang gigi.

2. Misai pada kucing sangat sensitif dan dapat merasakan perubahan tekanan udara bahkan yang kecil sekalipun. Kemampuan ini membuat kucing boleh menggunakannya sebagai jalan alternatif untuk bergerak dalam kegelapan ketika ia tidak dapat melihat.

3. Walaupun kucing memiliki 5 jari di kaki depan, mereka hanya mempunyai 4 jari pada kaki belakang. Namun pada beberapa kucing dapat dilahirkan dengan jari banyak sampai 7 bahkan dengan tulang tambahan.

4. Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu sama dengan 10 tahun usia manusia.

5. Jika anda memerlukan sinar UV untuk melihat, pakai saja kencing kucing, kerana kencing mereka menyala dalam gelap.(fakta kurang yakin)

6. Tahukah korang, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan pemangsa paling hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu spesies, mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau, dan sejenisnya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 spesies.

7.  Namun kerana ukurannya kecil, maka tidak berbahaya bagi manusia. Namun tetap saja sangat berbahaya apabila kucing ini dijangkiti rabies.

8.   Kucing telah hidup dengan kehidupan manusia sekurang-kurangnya sejak 3500 tahun yang lalu. Ketika itu orang Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan perosak lain dari hasil tanaman mereka.

9.  Namun, percaya atau tidak, di dunia ini hanya terdapat 1% populasi kucing di dunia yang termasuk jalur murni atau kucing ras. Bakinya adalah kucing hasil pencampuran dari berbagai ras atau biasa yang kita sebut sebagai kucing kampung. Kerana itu, kucing ras termasuk kucing yang paling sering dicari dan mahal harganya.

10. Kucing biasanya memiliki berat badan antara 2,5 hingga 7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali diberi makan berlebih.

11. Dalam perangkaan, kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup di lingkungan urban moden hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu.

12. Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut mereka. Saliva atau air liur mereka memiliki daya pembersih yang kuat, tapi dapat memicu alergi pada manusia.

13. Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur. Waktu tidurnya antara 12 – 16 jam per hari, dengan angka rata-rata 13 – 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari. 

14. Kucing boleh mencapai ketinggian yang hebat.Pada tahun 1963, Perancis menghantar kucing pertama ke angkasa lepas. Dikenali sebagai Felicette, dia juga digelar “Astrocat” oleh akhbar. Melalui diimplan elektrod, vitals Felicette sentiasa dipantau dan beliau berjaya kembali ke Bumi. Diberikan, meltakkan kucing ke dalam kosmos melalui roket mungkin tidak idea-idea yang terbaik, tetapi ia membuktikan ketahanan mereka.

15. Tahu tak,kalau kucing nak lalu di satu lorong,misai dia menjadi bahan pengukur,so jangan pandai-pandai nak potong lak misai dorang.

16.  Kucing mampu jatuh dari jarak ketinggian 30 kaki.

17.  Kucing dewasa mampu berlari dengan kelajuan 20km namun begitu kucing sekarang malas nk berlari,maklumlah duduk dalam rumah je,makan tidur je tahu.

KUCING MEMANG AWESOME ! ! !

0 pengkritik yang bombastik:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers