Tuesday, July 24, 2012

5 LANGKAH ATASI RASA TAKUT DALAM GELAP

Tahukah korang yang ramai manusia kat muka bumi ni sebenarnya takut dalam gelap,takut untuk tidur dalam gelap,takut nak pergi dalam gelap kalau lampu takda dan yang paling best,orang dewasa pun ramai yang takut,bukan setakat budak kecik je.Ternyata bukan hanya anak kecil yang takut gelap. Banyak orang dewasa yang mengalaminya. Bahkan kajian yang diadakan oleh Warwick Castle, pada abad pertengahan di Warwickshire, Amerika, menunjukkan bahawa 10 peratus daripada orang dewasa di Amerika (jumlahnya dianggarkan 5 juta orang) taknak ditinggalkan
sendiri dalam kegelapan. Angka ini sungguh di luar dugaan Warwick



apabila 25 peratus daripada responden mengaku takut gelap sejak masih kecil. Setelah dewasa, mereka tetap tak mampu tidur lena kecuali ditemani lampu meja sepanjang malam.

Bahkan, 60 peratus responden mengaku tidak mematikan lampu ketika keluar dari rumah kerana takut ketika pulang nanti rumahnya kelihatan gelap dan sunyi.

Rasa takut gelap ini oleh para psikologi sering disebut Nyctophobia. Kadang-kadang penyakit ini menguasai seseorang, dan membuatnya merasa lemas dan ketakutan.

Bagi sebahagian orang, rasa takut ini membuatnya merasa lumpuh, sehingga tak dapat menikmati aktiviti yang mengharuskannya sendirian, berjalan malam hari, camping, atau eksplorasi alam. Dan ini tak cuma dialami kaum perempuan malah juga lelaki.

"Apabila anda berada di dalam kegelapan, fikiran anda boleh memanipulasi anda," begitu kata jurucakap dari Warwick Castle. Tidak hairan, dari penelitiannya terlihat juga bahawa 20 peratus orang dewasa mengalami panik luar biasa ketika lampu tiba-tiba mati tanpa amaran.

Tak mungkin kita dapat mengelak dari kegelapan, kerana kita akan menemuinya setiap hari. Maka, sebaiknya setiap orang berusaha mengatasi rasa takutnya ini. Adakah cara yang membolehkan kita melenyapkan penyakit ini secara beransur-ansur?


1. Dahulukan logik.

Kebanyakan rasa takut itu tidak logik, dan secara semulajadi emosional. Menerapkan logik dalam masalah emosional nampaknya berlawanan, tapi sebenarnya tidak.

Misalnya anda sedang berbaring di tempat tidur, ingin ke bilik mandi tapi takut keluar kerana ada bayangan gelap di sudut bilik. Segera nyalakan lampu bilik tidur, dan amati apa sebenarnya bayangan itu.

Begitu anda mula merasakan bahawa rasa takut menguasai anda, mulailah berfikir rasional dengan mengatasi takut itu dengan fakta-fakta. Lihat apa yang mengganggu anda. Mungkin itu hanya bayangan pakaian yang digantung di belakang pintu.


2. Melatih penglihatan pada malam hari.

Ketika kita baru masuk dari bilik yang terang ke bilik yang gelap, kita pasti tidak dapat melihat apa-apa. Tetapi perlahan, mata kita akan mula dapat menangkap objek-objek di dalam bilik.

Cubalah menyebutkan benda-benda yang anda lihat. Dengan mampu menggambarkan apa yang anda lihat, deria penglihatan malam hari ini akan meningkat, dan rasa takut akan berkurang.


3. Bacalah artikel yang inspiratif.

Film horor konon sering ditonton oleh orang-orang yang penakut. Sebab, dengan demikian ia boleh membayangkan apa yang akan terjadi bila ia mengalami seluruh keganasan itu.

Tetapi daripada tonton atau membaca novel horor sebelum tidur, lebih baik pilih bacaan yang inspiratif. Tak kisahla buku-buku agama, spiritual, movitasi, apapun yang akan menghangatkan hati korang. Bacaan itu akan membuat korang rileks dan mengantuk.


4. Meditasi, visualisasi, dan berdoa.

Meditasi sebelum tidur dirasakan banyak orang dapat membuat tubuh dan fikiran jadi rileks, serta membantu melepaskan ketegangan dan mengatasi takut.

Berdoa juga membantu kita merasa dilindungi dari lingkungan sekitar, sedangkan visualisasi boleh menjadi cara yang baik untuk menyiapkan fikiran selama pagi hari untuk menerima malam hari.

Apabila korang duduk atau berbaring di tempat tidur, bayangkan korang berada di suatu tempat yang korang inginkan. Lihatlah bagaimana korang berjalan dan menikmati tempat tersebut.

Pandanglah langit yang cerah, dan rasakan hangatnya sinar matahari. Kemudian, bayangkan juga indahnya langit yang dihiasi bintang dan bulan pada malam hari.


5. Ajak teman jalan-jalan malam hari.

Salah satu cara untuk mengatasi rasa takut adalah menghadapinya. Berjalan di kegelapan ditemani beberapa orang membuat korang akan melangkah dengan percaya diri dan berani.

Tak perlu banyak bercakap, nikmati saja suara-suara alam sekitar seperti suara cenkerik atau hembusan angin yang menerpa pepohonan. Akan sempurna jika bulan sedang purnama, kerana korang akan menikmati indahnya malam hari.


Kebanyakan orang jadi takut gelap kerana pernah mengalami kejadian buruk. Jika hal ini terjadi pada korang, cubalah berdamai dengan kejadian tersebut. Lalu, terapkan lima langkah di atas.

Korang akan merasa lebih rasional dan tidak lemas lagi. Ingat, berani bukanlah orang yang tidak punya rasa takut sama sekali, melainkan orang yang sanggup mengatasi rasa takutnya  :)

0 pengkritik yang bombastik:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers