Friday, June 24, 2011

DSLR YANG TERBAIK ADALAH....


Model mana paling gempak ye?off course la depa bandingkan dua jenama paling meletup dan popular ni iaitu Nikon dan Canon. Ada yang sampai bergaduh, copy paste artikel sana sini mengatakan model Canon atau model Nikon paling best dan ada yang kata sebab OTAI ni cakap model ni best dan macam-macam lagi.Pernah DK pakai hp samsung galaxy SL,pastu ambil gambar,edit sikit,dan tunjuk dekat saudara minta teka pakai kamera apa,dan jawapannya memang dia cakap pakai DSLR. Jadi yang mana penting?skill,brand,body,lens atau semuanya??



Pernah DK pakai hp samsung galaxy SL,pastu ambil gambar,edit sikit,dan tunjuk dekat saudara minta teka pakai kamera apa,dan jawapannya memang dia cakap pakai DSLR. 

So macam mana tu?

Sony, siapa tak kenal brand ni kan, dari TV, laptop, speaker, kalau brand Sony, memang superblah. Cuma bila Sony buat DSLR, ada suara-suara kera sumbang yang cakap Sony tak bagus. Memang diakui, model-model awal DSLR Sony iaitu a100,a200,a300 dan a350 memang banyak kelemahan, terutama ISO. Tapi sejak kebelakangan ni, model-model baru yang dikeluarkan Sony memang superb habis. Sony pun ada kelebihan tersendiri berbanding Canon dan Nikon. Contohnya build in stabilizer, so korang boleh pakai apa-apa lens walaupun lens yang takda stabilizer yang mana lebih murah dari lens yang ada stabilizer. Tak macam sesetengah orang, baru beli tak sampai setahun, sibuk nak upgrade, tapi gambar masih macam orang yang baru pegang DSLR.



Selain Canon, Nikon dan Sony, ada banyak jenama DSLR lain yang tidak kurang hebat seperti Olympus, Pentax, Fujifilm dan Kodak. Tak salah kita pakai mana-mana brand, yang penting dari masa ke semasa, kenali kamera kita, baca manual. Takda istilah brand mana yang paling bagus dalam fotografi, semuanya bergantung pada diri kita sendiri.



Nikon- Bila pegang Nikon ni, rasa lain sikit berbanding pegang brand-brand lain sebab kamera Nikon rasa lebih solid kalau dipegang, tak rasa plastik macam Sony  dan Canon. Itu pandangan orang.Nikon jugak terkenal dengan kualiti lens yang terbaik, sebab core business Nikon memang pada lens, tak seperi Sony dan Canon, buat TV, printer, laptop. Sebab tu korang tak pernah dengar printer Nikon atau TV LCD Nikon..hehe. Untuk pengetahuan korang jugak, sensor Nikon dibuat oleh Sony. Bila sensor dah sama, kualiti pun hampir-hampir sama. So janganlah berlagak sangat dengan orang yang pakai Sony ye..haha~



Bagi yang nak beli DSLR pertama, soalan standard yang akan keluar dari mulut mereka ialah “DSLR/kamera mana yang paling bagus? Canon, Nikon atau Sony”. Kalau soalan ini ditanya kepada orang yang salah, pastinya jawapan akan memihak kepada sesetengah brand. Biasanya orang akan cakap, “Canon paling bagus, Sony tak bagus”.



Ni DK ada cerita yang nak dicerita dari kawan yang mencerita. . .

“ Pernah sekali masa aku survey  kamera kat lowyat, ada customer tu nak beli Sony, tapi salesman Melayu tu dengan angkuhnya cakap ” abang, saya suggest abang beli jenama X ni, Sony ni brand je gempak, gambar biasa-biasa je”. Memang anti-Sony salesman Melayu tu, tapi aku dengar je sampai habis brader salesman tu berhujah. Lepas customer tu pergi, aku jumpa brader tu dan tanya, “Kenapa abang cakap Sony tak bagus?” Brader tu jawab, “aku jual kamera, aku taulah”. So aku tanya balik “bang, exposure tu apa?”. Dah.. tak boleh jawab. Lepas tu aku tinggalkan brader tu dengan sindiran ” abang tu jual kamera je, bukan photographer”.



So untuk entri kali ni, DK bukan nak compare mana-mana brand DSLR, sebab cantik atau tidak sesuatu gambar, bukanlah terletak pada brand kamera, tetapi kita sendiri. Tapi tak dapat dinafikan lah, setiap brand ada kekuatan masing-masing. Canon sebagai contoh, memang brand no 1, kebanyakan pro fotografer dalam dunia ni memang pakai Canon. Salah satu sebab ialah  Canon ada banyak pilihan lens dan aksesori.

Sumber : Rakan blogger.

7 comments:

  1. Betul2. ada org pakai kamera hp pun kalau tahu teknik yg betul pasti gambarnya jadi class mcm guna dslr yg mahal2 tuh :-)

    ReplyDelete
  2. @MEKAR
    sgt setuju! yg penting skill tu...

    ReplyDelete
  3. maaf mengganggu,

    sy masih baru dalam dunia fotografi ni. baru nak berjinak-jinak. selama ni pakai camera biasa je, sebab tak mampu lagi nak beli DSLR.

    ingat nak cuba-cuba belajar pakai DSLR. tapi masih keliru nak pilih jenis apa dan jenama apa. untuk orang yang baru macam saya ni.

    peralatan apa yang perlu ada, lens mcm mana etc.

    harap kiesya boleh bantu. :)

    btw, terima kasih byk2 atas info yg berguna ni.

    ReplyDelete
  4. @Minn
    mekaseh sudi singgah..erm DK bukan pandai sangat,tapi sikit2 tu bolehla..bagi DK,xsalah nak guna mana2 brand,sbb masing2 ada kelebihan sndiri..normaly,orang pkai canon dan nikon,sbb mudah nak tukar lens,sbb tu brand yg ramai guna..and aksesori cheaper sikit than other. kalau nk jugak brand nikon or canon,pkai la yang beginner dulu,EOS 1100D dan nikon D3100...klu beli yg mahal2,tpi xtau guna xbez gak kan??..tu pendapat peribadi DK..skrg ni pun,sume DSLR dah ada guide..

    ReplyDelete
  5. masa mula2 nk beli tu macam org2 lain jugak.... servey sana sini.... so pada pendapat aku korang kena tgk sapa mahaguru korang... than lepas tu ikut ler dia, mengkalu dia guna "naikon" so korang beli la nikon, klu dia guna canon...maka korang pun kena pakai canon jugak.... kalau tak thru xperience aku.... hancus....

    ReplyDelete
  6. ok ke klu ak beli nikon d60 for beginner mcm aku?

    ReplyDelete
  7. bleh tak sesiapa ceritakan apa kelebihan dslr nikon dan dslr canon?... setiap satu mesti ada kelebihan tersendiri... just untuk panduan... sbb aku mmg nak beli dlm masa terdekat nie... takut tersalah pilih, merana... tlg yer kengkawan...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers