Thursday, March 3, 2011

KULIT TERBAKAR?. KIESYA ADA PETUA!!!

As-Salam,emm jangan jawab “salam” je,tapi jawablah dengan penuh,kan INDAH bagi salam,ye tak?Short form “salam” je pun kalau boleh janganlah guna,sebab Kiesya pun dah bagitahu sebabnya kan?..Ha pulak dah!!,membebel dah lari tajuk ni,huhu…Ok,Kiesya tak nak CELOTEH merapu,sebab entry kali ini,ada permintaan so Kiesya berusaha untuk buat kajian selama beberapa bulan,chewWaAhh!!Dahla eh, jom kita baca je ok!!

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah at least 5 kali sehari dengan air wudhu. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku. (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan persahabatan yg ikhlas. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi
So ok ke tak petua Kiesya bagi ni?hehe jangan marah,cuba praktik dulu. Yela2,nanti marah pulak Kiesya tak serious kan?kan?kan?..urmp!!Baik,tanpa membuang masa yang lama untuk kulit tu terbakar lagi,hehe,meh Kiesya bagi tips sikit,emm sikit??Cukuplah kan?...
kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

Pssst,nak lagi petua??baca lagi bawah ni(sahabat yang termakan cili jangan terasa ye,hehe)

 Petua Merawat Sunburn :

Caranya adalah dengan basuh sebiji kentang, then kukus sehingga benar-benar masak lembut. Tak perlu buang kulitnya, cuma basuh sahaja. Selepas itu lenyek kentang tadi sehingga benar-benar halus (ala-ala kentang lenyek KFC). Kemudian letakkan paste kentang tadi pada kulit wajah yang terbakar. Insyaallah, kulit akan terasa nyaman dan segar semula. Cubalah!!

1 comment:

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers