Kalau bukan kita,siapa lagi. Kalau bukan rakyat malaysia,siapa lagi. Apa pasal yang korang anti sangat dengan kereta proton ni?Cerita pom pang bagai tapi rupanya pakai kereta proton gak,ceh!. Tahu tak korang yang kita dah banyak buat part sendiri?Kalau tak percaya,sila dapatkan informasi yang dari firsthand,bukannya yang dari mulut ke mulut,bukan yang dah ditokok tambah,bukan yang dah letak rempah ratus bagai.Memang aku akui
proton ni memang banyak teknikal problem,benda kecik-kecik selalu rosak,macam suiz,power window and so on.Tapi ok la spare part senang cari,murah,service centre pun bersepah.Kesianla kat siapa yang pakai Bugatti Veyron tu,kalau tayar pancit kena tempah dulu kat perancis,sebiji tayar RM90 000. Entah bila la pulak boleh dapat tayar tu mak jemah oi.Ingat kereta luar tu tak penah buat problem ke?Kereta toyata vios yang pakcik aku baru pun sekarang kat service centre sebab ade electrical problem,wiring masalah,eh ape cer?Berkualiti la sangat.Tak pernah dengar ke Ferarri yang terbakar kat tengah highway?Eh kualiti la sangat.Ada orang kata,tengok kat servis center,bukan main banyak kereta dalam bengkel tu. Adoyai wakeup la bro,dah kata servis centre,memangla tempat tersimpannya kereta rosak dan ada problem.Samala juga macam servis center kat toyata ke,ford ke,mesti la banyak jugak kereta dalam tu,dah kata servis centre.Tak kisahla semua tu,masing-masing ada pendapat sendiri kan,tapi apa yang aku nak tunjukkan kat sini,sejumlah kereta proton yang ada di serata dunia,sila la bangga wahai sahabat-sahabatku sekalian.
OK YANG NI SEMUA ADA KAT UNITED KINGDOM
YANG NI PULA ADA KAT AUSTRALIA
YANG NI KAT CHINA
NEW ZEALAND
Chile
Dan ada di German,egypt,Sri lanka,Nepal,Bangladesh,ukraine,korea,argentina,crotia,pergh banyak la lagi..korang boleh tengok semua gambar kat SINI..
ini mmg superb abis!! :)
ReplyDeleteterbaikkan!!
Delete