Wednesday, September 29, 2010

MENGENAL WARNA DAN SIFATNYA.


Warna hitam!! yeah!, tu la warna kegemaran kiesya,dan sentiasa setia dengan warna HITAM,hehe...Walau apa jua rasuah yang diberi,hitam menjadi pilihan hatiku,hitam itu menawan kan?kan?kan?ah ha..tapi ape maksud disebalik warna ye??..jom kita check it oUt sikit! =)

Warna:Emas
Positif:Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan.
Memiliki kemampuan kuasa semulajadi yang besar,sabar dan bijaksana
serta suka menolong.
Negatif:Gemar menyindiri dan bersikap selalu tertutup.

Warna:Putih.
Positif:Lebih mencerminkan sifat sabar,sopan santun,rendah diri dan menolong dan
gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk.Juga mempunyai fikiran
yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain.Perasaan hati
sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
Negatif:Boros berbelanja.

Warna:Kuning.
Positif:Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian.
Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria
Positif dan sangat optimis seta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak
suka didesak
Sangat setia pada pasangan.

Warna:Merah.
Positif:Bersikap berani,jujur,berdisplin dan tegas
Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka.
Anda juga sangat senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadang kala
anda ingin mencuba segala-galanya.
Suka senyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
Negatif:Mempunyai sifat pendendam yang sangat tinggi,tamak dan mudah tersinggung.

Warna:Hijau.
Positif:Rajin dan jujur bekerja disamping tekun serta sabar melakukan sesuatu.
Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.
Negatif:Terlalu mudah percaya dan kadang-kala pendirian yang teguh membuatkan
anda seakan-akan kolot.

Warna:Merah jambu.
Positif:Seorang yang tegas dan jujur
Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
Negatif:Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Warna:Coklat.
Positif:Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan.
Suka merendah diri dan halus budi pekerti
Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
Negatif:Mudah dipujuk dan mempercayai orang.Cepat berasa waswas dan takut buat slh.
Warna:Perak.
Positif:Mendengar kata dan pendengar kata yang baik dan disenangi orang lain.
Negatif:Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Warna:Ungu.
Positif:Humor dan rajin
Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah
Mempunyai inisiatif dan keinginan yang tinggi serta meluap-luap.
Negatif:Sombong dan sedikit emosi.

Warna:Hitam.
Positif:Perihatin,baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup
Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
Negatif:Suka menyendiri,perihatin tetapi cepat tersinggung.

Warna:Kelabu.
Positif:Mendengar kata dan suka merendah diri.
Sentiasa tenang dan suka mengalah serta mudah bekorban.
Negatif:Cengeng dan agak pemalas.

Warna:Jingga.
Positif:Ramah,jujur dan rajin bekerja serta bercita –cita tinggi.
Negatif:Cengeng dan cepat mengalah pada tekanan.

Warna:Biru.
Positif:Ada ketenangan dan kesejukan dalam diri anda dan menjadi warna kegemaran
ramai.
Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada dimana-mana.
Selain bertanggungjawabdan pandai menyimpan wang anda sering membuat
orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.
Negatif:Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala
bersikap angkuh.

0 pengkritik yang bombastik:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers