Monday, January 10, 2011

PELAKON MELAYU PERTAMA HOLLYWOOD

 As – Salam!. Sihat? Moga dalam keadaan sejahtera selalu. Ermm berbalik kepada tajuk Kiesya,siapa ye agaknya?Ha!! Ingat Melayu tak layak ke nak berlakon kat sana?Siapa kata tak layak?siapa????huh!! Ada sesetengah orang kita suka sangat memperkecilkan bakat orang Malaysia,setakat berlakon filem cinta,komedi,bolehlah,itu jela modalnya nak dikutuk,eish!,ok2,Kiesya bagitau ye siapa dia pelakon Melayu pertama berlakon di sana!



Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Pendek merupakan pelakon melayu pertama yg berlakon di dalam filem keluaran Hollywood. Bahkan beliau juga merupakan pelakon Malaysia yg pertama juga berlakon di dalam filem Hollywood.

Filem lakonan nya adalah THE SPIRAL ROADS dan pengambarannya telah di lakukan di UNIVERSAL INTERNATIONAL, HOLLYWOOD. Filem tersebut turut di bintangi oleh pelakon, Rock Hudson, Gene Rowlans, Burt Ives, Ibrahim telah berlakon sebagai pembantu Burt Ives dlm cerita tersebut.

Ibrahim telah berangkat ke amerika pada 18 ogos 1961, beliau telah di bayar sebanyak US35 sehari. Ketika itu umur beliau 37 tahun dan merupakan pelakon tetap Shaw Malay Production Ltd, singapura.

Pihak Universal telah menawarkan ibrahim untuk tinggal dan belakon di Hollywood tetapi beliau telah menolaknya.

IBRAHIM PENDEK juga merupakan PELAKON MALAYSIA PERTAMA yang berlakon dalam filem berwarna.

2 comments:

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers