Thursday, July 21, 2011

AWAS ! DATA ANDA DICURI !


Bukan atas jalan raya je nak kena berhati-hati, tapi bila online pun nak kena berjaga juga. Anda semua tahu tak, bila kita online semua data yang ada dalam laptop kita boleh dicuri! Ya betul, benar dan sahih. Sebab itu kalau boleh, janganlah mengada-ngada nak simpan fail peribadi yang terlalu peribadi dalam komputer. Macam gambar atau video mahupun kata laluan atau akaun penting.




SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.
Ayat-ayat yang digunakan pula berbaur seks dan sangat jelas untuk difahami bagi menambahkan lagi keinginan seseorang untuk melihatnya.
Terdorong oleh nafsu, butang diklik tetapi tiada apa yang berlaku. Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.
Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.
Aktiviti tersebut semakin kerap dapat dilihat di laman-laman sosial sejajar dengan kenaikan kadar penembusan Internet terutama laman sosial di Malaysia.
Menurut syarikat yang menjalankan kajian pemasaran Internet, comScore, Malaysia adalah negara kedua paling tinggi aktiviti penembusan rangkaian sosial di Asia Tenggara iaitu sebanyak 91 peratus selepas Filipina.





Link jahat

Kajian turut menemui kebanyakan penjenayah siber menggunakan laman sosial sebagai tempat menghantar link ringkas ke laman web yang berniat jahat.
Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet.
Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.
Dalam tempoh masa tiga bulan pada tahun 2010, dua pertiga link-link jahat itu berada dalam paparan News Feed laman sosial, manakala 73 peratus daripadanya telah diklik sebanyak 11 kali atau lebih.
Sehingga bulan Mac 2011, CyberSecurity Malaysia telah mengenalpasti sekurang-kurang 900 laman phishing yang menyasarkan kepada institusi kewangan.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat perbankan dan laporan mendapati secara purata sebanyak 260,000 identiti telah didedahkan pada tahun 2010.
Dalam pemerhatian mereka, informasi kad kredit yang berharga itu didagangkan di pasaran gelap online pada harga serendah 30 sen perdata sahaja.
Jenayah siber secara dalam talian akan meningkat setiap tahun dan sukar dihapuskan sama sekali. Symantec telah mengesan sebanyak 286 juta ancaman baru pada tahun 2010.
Ia bersamaan sembilan ancaman baru untuk setiap saat sepanjang tahun.





Jenis link

Terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan.
Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.
Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada apa yang berlaku.
Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih cepat.
sumber : kosmo

2 comments:

  1. Thanks untuk info berguna ini...mmg banyak link yg mengelirukan,tak akan pernah menekannya

    ReplyDelete
  2. @Elih Japahar
    klu kita ade anti virus dan antimalware yg power,ok la kot tekan,hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails