Thursday, August 11, 2011

4 WAKTU ALLAH MENUNGGU PERMINTAAN ANDA PADA BULAN RAMADHAN


Sangatlah rugi pada mereka yang tak nak, tak mahu dan sombong berdoa kepada pencipta kita Allah SWT. Bukan perlukan duit pun, Cuma tadah tangan, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Mudahkan?. Tapi rasanya masih ramai yang bila solat Jumaat tu, habis je solat terus kelam kabut nak keluar. Tak baik sombong macam tu. Ambil la masa 5 minit untuk “komunikasi dengan Allah”. Ok, biarlah tu hak mereka. Kali ni DK Cuma nak kongsi ilmu atau info yang tak seberapa ni pada anda semua, sama2 kita amalkan.




1.    SELEPAS SOLAT SUBUH

::: Semasa matahari terbit adalah waktu Allah SWT membahagi-bahagikan rezeki dan Allah menunggu permintaan setiap hambanya. Allah amat membenci hambanya yan tidur waktu ini.


2.    SEBELUM BERBUKA PUASA

::: Waktu yang paling berharga di saat semua manusia menyediakan juadah untuk berbuka. Tiga waktu Allah SWT tidak menolak permintaan doa mereka iaitu :

                      I.        Doa mereka yang berpuasa
                    II.        Doa mereka yang dizalimi
                   III.        Doa orang yang sedang musafir di jalan Allah.


3.    SEMASA BERSAHUR DAN SAAT SELEPAS AZAN SUBUH

::: Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud, “ Allah sentiasa mendampingi mereka yang bersahur “. Sesungguhnya Allah sentiasa menunggu puji-pujian daripada hambaNya dalam 5 waktu berikut.



4.    TATKALA BERBUKA PUASA BAGI ORANG YANG BERPUASA

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Disahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

Oleh yang demikian, gunalah saat yang emas ini untuk berdoa kepada Allah, pasti anda akan menikmati kemanisan iman apabila berdoa di saat yang bernilai ini. Wallahualam.

2 comments:

  1. nice info!! aku suka baca info-info berguna macam ni. huhu

    ReplyDelete
  2. @- abdul hadi abdul muti -
    mekaseh atas sokongan =)

    _________________________
    I have added cool emoticons to this message.
    To see them go to http://x.exps.me?183abc72786c8e99d0af58379447f2e2

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails