Sunday, October 31, 2010

9 JENIS ANAK SYAITAN


KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM....
Umar al-Khattab R. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan. Pengsan tak kalau kita
bertembung dengan dia si setan ni?haha kalau kiesya la,tak cukup tanah kot nak lari,uh!.. Tapi tu la realitinya,memang manusia secara teorinya takut dengan benda yang mengerikan,kan?kan?..Sebelum Kiesya celoteh panjang dan membuatkan pembaca semua jemu(perhaps), jom check it out sikit ape yang Kiesya dapat info tentang anak setan ni,huhu...


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai
bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat Kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Dan yang akhir-akhir ini yang paling teruk..
( Sila klik tetikus dan tahan.. :highlight: ) bermula dari sini...>

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Turut terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yang lakinya dah tunggu kat kereta.

0 pengkritik yang bombastik:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers