Memang tidak dinafikan, agama Buddha dan hindu sudah bertapak lama di bumi lebih awal dari Islam, namun begitu, agama suci Islam mempunyai penganutnya yang ramai hasil usaha pendakwah dan nabi serta Rasul kita berusaha keras menyebarkan agama Islam. Tidakkah anda bersyukur, kita dilahirkan sebagai seorang Islam? Alhamdulillah. Tetapi tahukah anda penganut Islam terbesar di dunia?. DK akan senaraikan 10 negara yang penganut kebanyakannya beragama Islam.
1. Indonesia : 182,570,000 orang
Indonesia merupakan negara Muslim terbesar di seluruh dunia. Meskipun 88% penduduknya beragama Islam, Indonesia bukanlah negara Islam. Muslim di Indonesia juga dikenali dengan sifatnya yang moderat dan toleran. Pada tahun 30 Hijrah atau 651 Masihi, hanya selang sekitar 20 tahun dari wafatnya Rasulullah SAW, Khalifah Uthman bin Affan RA mengirim delegasi ke Cina untuk memperkenalkan Daulah Islam yang belum lama bertapak. Dalam perjalanan yang memakan waktu empat tahun ini, para utusan uthman ternyata sempat singgah di Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, tepatnya tahun 674 M, Dinasti Umayyah telah mendirikan pangkalan dagang di pantai barat Sumatera. Inilah perkenalan pertama penduduk Indonesia dengan Islam. Sejak itu para pelaut dan pedagang Muslim terus bertandang, abad demi abad. Mereka membeli hasil bumi dari negeri nan hijau ini sambil berdakwah.
2. Pakistan : 134,480,000 orang
Pakistan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Dengan lebih dari 150 juta penduduk, Nama Pakistan diambil dari awalan daerah Punjab, Afghan, Kashmir, Sind dan Baluchistan. Sedangkan dalam bahasa Parsi Pak bererti suci dan Stan bermakna negara sehingga para pendiri Pakistan mengharapkan adanya negara suci menurut ajaran Islam.
3. India : 121,000,000 orang
Islam adalah agama yang kedua terbesar kedua setelah agama Hindu (80.5%). Ada sekitar 174 juta Muslim, 16.4% dari jumlah penduduk. Sejak pengenalannya ke India, Islam telah membuat penyumbangan keagamaan, kesenian, falsafah, kebudayaan, kemasyarakatan dan politik kepada sejarah, warisan dan kehidupan India.
4. Bangladesh : 114,080,000 orang
Islam adalah agama terbesar Bangladesh, yang muslim penduduk lebih dari 130 juta dan merupakan hampir 88% dari total jumlah penduduk, berdasarkan kaji selidik 2001. Islam datang ke wilayah Bengal sejak abad ke-13, terutama dengan kedatangan para pedagang Arab, Persia Saints dan penaklukan daerah. Salah satu yang terkenal adalah suci Islam, Shah Jalal.
5. Turki : 65,510,000 orang
Daerah yang terdiri dari Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya melatar belakang ke zaman permulaan Seljuk dan Empayar Uthmaniyyah. Orang Turki secara kebudayaan dan sejarah adalah umat Islam.
6. Iran : 62,430,000 orang
Sejarah awal Iran meliputi negara Iran dan juga negara-negara tetangganya yang mempunyai persamaan dalam kebudayaan dan bahasa. Ketika itu, negara-negara ini diperintah oleh kuasa seperti Media dan Akhemenid. Sassania adalah kuasa Persia terakhir sebelum kedatangan Islam. Kemudian Persia bergabung menjadi sebahagian khilafah Islam awal.
7. Mesir : 58,630,000 orang
Islam menyentuh wilayah Mesir pada 628 Masihi. Ketika itu Rasulullah mengirim surat pada Gabenor Mukaukis yang berada di bawah kekuasaan Romawi mengajak masuk Islam. Rasul bahkan menikahi gadis Mesir, Maria. Pada 639 Masihi, ketika Islam di bawah kepemimpinan Umar bin Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash memasuki Mesir dan kemudian diperkuat pasukan Zubair bin Awwam berkekuatan 4000 orang. Mukaukis didukung gereja Kopti menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir menjadi wilayah kekuasaan pihak Islam. Di masa kekuasaan Keluarga Umayah, dan kemudian Abbasiyah, Mesir menjadi salah satu provinsi seperti semula. Khalifah Muiz membangun Masjid Besar Al-Azhar (dari “Al-Zahra”, nama panggilan Fatimah) yang dirampungkan pada 17 Ramadan 359 Hijrah, 970 Masihi. Inilah yang kemudian berkembang menjadi Universiti Al-Azhar sekarang, yang juga merupakan universiti tertua di dunia saat ini.
8. Nigeria : 53,000,000 orang
Islam dianut oleh 50% dari jumlah penduduk Nigeria, Penyebaran Islam di Nigeria dibagi dalam tiga zaman, iaitu zaman Trans Sahara dan Afrika Utara, zaman Atlantik dan zaman kemerdekaan. Di samping melakukan perdagangan, para pedagang Muslim juga memperkenalkan misi utama ajaran Islam, iaitu mengembangkan perdamaian, keadilan dan kesejahteraan.
9. Algeria (Al-Jazair) : 30,530,000 orang
Islam pertama kali dibawa ke Aljazair oleh Bani Umayyah setelah dinasti dari Uqba bin Nafi, dalam 670-711. Namun, seperti di Timur Tengah itu sendiri, mereka berusaha untuk menggabungkan Islam dengan perlawanan terhadap aturan luar negeri kekhalifahan - sebuah ceruk yang Khawarij dan Syiah "ajaran sesat" diisi dengan sempurna.
10. Maroko : 28,780,000 orang
Maroko moden pada abad ke-7 M merupakan sebuah wilayah Barbar yang dipengaruhi Arab. Bangsa Arab yang datang ke Maroko membawa adat, kebudayaan dan ajaran Islam. Sejak itu, bangsa Barbar pun banyak yang memeluk ajaran Islam.
0 pengkritik yang bombastik:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen yang positif :)