Wednesday, February 16, 2011

50 RAHSIA PENTING RASULULLAH

Bismillah. As-Salam kepada mereka yang ISLAM dan sejahtera ke atas mereka yang non MUSLIM  =)   Hari ini Kiesya rasa ceria lantas memakan dengan banyak sekali!,hehe...Bestkan kalau orang belanja?Makanan tak sedap pun jadi sedap,ye tak?haha...Emm,so kali ni pasal apa pulak ye?Deiii!!tgk tajuk kasi paham sendiri la(kata kawan Kiesya)..ye,rahsia penting ni,kalau kalian semua menyintai seseorang,mesti salah silah hidup dia nak tahu kan?dari A smpai la Z..So kalau kita cinta dengan kekasih ALLAH yakni RASULULLAH?Apa kita patut buat?. Pesan kiesya,rajinlah berselawat supaya kita dapat syafaat Baginda di akhirat kelak,InsyALLAH,amin. Dahtu apa lagi?Klik la "teruskan membaca"...   =p



Rasulullah SAW diutuskan sebagai Rasul semasa berusia 40 tahun.


Rasulullah SAW wafat semasa berusia 63 tahun.

Bani Najjar dan Bani Zahrah adalah keturunan Rasulullah SAW.


Haris bin Uzai adalah bapa susuan Rasulullah SAW.

Usamahb bin Zaid adalah pencinta Rasulullah SAW.

Huzaifah bin Yaman adalah penyimpan rahsia Rasulullah SAW.

Zubir bin awwam adalah golongan penyokong Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW lebih rapat dengan Kabilah Quraisy Al-Adnaniah.

Tahukah anda Isteri Baginda berjumlah 13 orang.

Cucu Baginda adalah Hassan dan Husain.

Tahukah anda Rasulullah SAW telah berperang sebanyak 27 kali.

Rasulullah telah berperang dalam 9 pertempuran.

Abu Qasim adalah diantara gelaran yang diberikan kepada Rasulullah SAW.

Tahukah anda nama Assakab, Al-Murtajiz, Lazzaz, At-Tarbi dan Al-Lahif adalah nama-nama unta Rasulullah SAW.

Tahukah anda Zainab binti Al-Haris adalah orang yahudi yang telah meracuni Rasulullah SAW.

Tahukah anda Maria Al-Qibti dan Raihanah binti Zaid adalah Dua orang hamba yang telah dikahwini Rasulullah SAW?.


Tahukah anda nama-nama Zul Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim adalah nama-nama bagi pedang Rasulullah SAW?.


Tahukah anda kabilah Bani Nadhir Yahudi yang ingin melempar batu keatas Rasulullah SAW ?.


Tahukah anda Ali bin Abi Tolib, Othman bin Affah, Al-As bin Ar-Rabi’ dan Utbah adalah kerabat ipar lelaki Rasulullah SAW?.


Tahukah anda Zubir bin Awwam adalah anak saudara Rasulullah SAW?.


Tahukah anda Fatimah binti Amru Al-Makhzumi adalah nenek kepada Rasulullah SAW disebelah ayah Baginda?.



Tahukah anda Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan Kaab bin Malik adalah penyair-penyair Rasulullah SAW ?.


Tahukah anda A-Mat’am bin Adi adalah orang yang membantu Rasulullah SAW ketika Baginda kembali dari hijrah ke Taif ?.


Tahukah anda Halimah binti Sa’diah dan Suwaibah adalah keturunan Abi Lahab ?.


Tahukah anda Surah An-Nur adalah surah yang Rasulullah SAW galakkan perempuan mempelajarinya ?.


Tahukah anda Ramlah binti Sufian adalah perempuan yang dipinang oleh Raja Najasyi untuk Rasulullah SAW?.



Tahukah anda kumpulan tenntera Abdullah bin Hahsyi adalah kumpulan pertama yang berhadapan dengan Rasulullah SAW di kawasan tepi pantai ?.


Tahukah anda Uqbah bin Abi Al-As adalah orang yang telah mematahkan dua batang gigi Rasulullah SAW ?.


Tahukah anda peperangan pertama yang Rasulullah SAW hadapi adalah peperangan Al-Abwa’ ?.



Tahukah anda Ibnu Qim,ah adalah orang yang telah melukai wajah Rasulullah SAW pada peperanagn Uhud?.

Tahukan anda Zaid bin Harisah adalah sahabat terakhir yang terlibat dalam sistem penceraian yang tidak berbentuk Islam sebelum wujudnya sistem pernikahan dalam Islam yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW?.



Tahukah anda Rasulullah SAW telah meninggalkan 9 orang isteri ?

Nota : Rasulullah SAW berkahwin adalah untuk menyelamatkan wanita-wanita tersebut dari berbagai masalah, Baginda sahaja yang mampu menyelesai dan membahagiakan wanita dengan izin Allah SWT. Baginda tidak berkahwin diatas dasar nafsu, malah semua wanita yang Baginda kahwini adalah bukan anak dara, Hanya Siti Aisyah sahaja dari kalangan anak dara. inilah bukti Baginda bukan mementingkan nafsu. Nauzubillah Hilazim.


Tahukah anda Thabit bin Qais adalah pembaca Khutbah Rasulullah SAW ?.


Tahukah anda Barrah binti Abdul Izzi adalah nenek Rasulullah SAW disebelah ibunya.


Tahukah anda Ummul Mukmini yang terakhir meninggal dunia dari kalangan isteri Baginda SAW adalah Umu Salamh.?.



Tahukah anda anak perempuan Baginda SAW pertama yang meninggal dunia adalah Ruqiyah ?.


Tahukah anda siapakah Isteri Rasulullah SAW? Maimunah binti Al-Haris adalah isteri terakhir Rasul Junjungan kita.


Abi bin Khalaf adalah orang tunggal yang telah dibunuh oleh Rasulullah SAW. Walaupun Baginda telah membentuk 27 peperangan dalam menentang mereka yang mencabar Islam.


Tahukah anda Rasulullah telah memulakan perjalan Isra’ bermula dari rumah Ummu Hani’ ?.


Tahukah anda sahabat yang mengaku nabi selepas kewafatan Baginda adalah Tulaihah binti Khuwailid Al-Asadi, kemudian beliau bertaubat dan kembali kepada Islam dengan sempurna.



Tahukah anda Baginda SAW dikafankan dengan kain Kafan yang disediakan oleh Fatimah binti Asadi, iaitu isteri bapa saudaranya Abu Talib. Selawat dan Salam untukMu Ya Rasulullah SAW.



P/S : kalau ada info yang salah,sila betulkan,yg buruk datang dari Kiesya dan yang baik datang dari ALLAH...Sekian

2 comments:

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers