Friday, May 27, 2011

REKOD DUNIA YANG UNIK

Fuh fuhhh!!! Tu dia,dah berhabuk habis dah blog DK ni. Bukan tak ada idea,tapi masalah lagi berat,tak ada internet,ha jangan tanya kenapa,semuanya di atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan dan bukan sebab tak bayar bil ok!,haha. So apa kata DK polish sikit blog ni dengan entry yang mencuci mata dan juga otak kita dengan keunikan makhluk bernama manusia ni rekodkan keunikan yang mampu mereka lakukan walaupun ada sesetengah tu menyakitkan diri sendiri.






Pria Austria Marco Hort menyertai rekod dunia dengan memasukkan 259 penyedut minuman ke dalam mulutnya sekali gus. Mungkin dia tak ada masalah untuk menelan terus burger McD.







C Manoharan, 25, yang dikenal dengan nama 'Snake Manu', berupaya memecahkan rekod dunia dengan memasukkan ular hidup ke dalam hidungnya dan mengeluarkannya pada mulut. Ini bukan aksi pertamanya. Tahun 2005, ia tercatat dalam rekod dunia dengan 'memakan ulat terbanyak dalam 30 saat’, berhasil menelan 200 ulat hidup, masing-masing sepanjang 10 cm.Cuba perhatikan,dia menangis sebenarnya sakit sangat tu.







Di awal 2010, Tim Gillette Venus dianugerahi rekod dunia untuk perjalanan bikini terbesar oleh 323 gadis dan model di Benteng Venus di Koto-ku, Jepun. Gadis-gadis ini berjalan dengan pencukur Venus di tangan dan berposing di depan kamera. Pada bulan Mei 2009, sebuah bikini Las Vegas (gambar) dipimpin oleh bintang Playboy Holly Madison meraih rekod dengan memperagakan 281 gadis dengan bikini dan berjalan kaki bersama.







Jack Tsonis dan Lindsay Morrison (gambar), keduanya berusia sekitar 20 tahun, mencuba berjabat tangan terlama di bulan September 2009. Mereka berhasil memecahkan rekod dunia dengan berjabat tangan selama 12 jam, 34 minit dan 56 saat. Namun, Matthew Rosen dan Joe Ackerman dari Amerika mengalahkan rekod ini dengan 15 jam, 30 minit dan 45 saat di November 2009.







Julia Gnuse, dari California, bersiap sedia untuk tercatat di tahun 2011 dalam Guinness World Records untuk mempunyai tatu terbanyak dari manusia di dunia ini. Di usianya yang ke-30-an, ia menderita penyakit kulit bernama porphyries yang membuat kulitnya melecet. Untuk menutupi bekasnya, wanita berusia 55 tahun ini mulai membuat tatu di daerah yang terkena jangkitan. Dan ternyata, 95% tubuhnya kini ditutupi gambar, mulai dari pemandangan hutan dan tokoh hingga para aktor Bewitched di bagian belakang.







Penyanyi rock Cindy Jackson saat ini mempunyai rekod bedah plastik terbanyak. Model Brazil Angela Bismarchi (gambar) menjalankan bedah plastiknya yang ke-42 tahun 2008, membawanya mendekati rekod 47 bedah plastik oleh Cindy Jackson. Angela pertama kali melakukan bedah plastik tahun 1992 setelah dadanya turun setelah menyusukan anak.

0 pengkritik yang bombastik:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails