Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Susah ke nak bagi ayat panjang?Alahai kalau taip nama artis tak apa pulak ye panjang berjela?.Kejam tak tajuk kali ni?hehe bukan apa,DK nak kongsi dengan pembaca budiman semua tentang maklumat dan sedikit info tentang SYAITAN yang memang terang lagi bersuluh musuh kita yang nyata. Jadi,agaknya syaitan nirrajim ni suka anda tak?Tepuk dada tanya selera. Kalau selera tak mahu jawab,tepuk dahi katakan aiyo,ok?
Wahab bin Munabbih berkata bahawa iblis pernah menampakkan diri di depan Yahya bin Zakaria lalu berkata kepadanya, “saya ingin menasihatimu”, beliau menjawab, “bohong, kamu tidak mungkin menasihatiku, tetapi khabarkan kepadaku tentang anak Adam”, iblis berkata, “anak Adam di hadapan saya terbagi menjadi 3 kelompok:
1.kelompok yang paling berat bagi saya iaitu manusia yang tergoda dan terpedaya olehku kemudian beristighfar dan bertaubat, sehingga dia merosakkan seluruh usahaku. Kemudian saya kembali menggoda lagi tanpa kenal putus asa dan saya tidak menemukan apa yang saya kehendaki
2.kelompok manusia di tangan saya bagaikan bola seperti bola di tangan anak-anak kalian. Saya buat permainan menurut kehendak saya sehingga mereka tidak banyak menyusahkanku.
3.kelompok manusia seperti kamu yang tidak mampu saya goda sama sekali
Yahya bin Zakaria berkata, “apakah kamu mampu menggodaku?”, iblis menjawab, “tidak, kecuali sekali saja iaitu pada waktu kamu makan, saya menggodamu hingga kamu makan lebih banyak dari yang kamu inginkan lalu kamu tidur di malam itu hingga terlambat dari solat dan (kamu) solat tidak seperti hari biasa”. Yahya berkata, “sudah pasti, mulai sekarang saya tidak akan makan kenyang hingga meninggal”. Iblis berkata kepadanya, “ kalau begitu saya juga sudah pasti tidak akan menasihati manusia setelah kamu”.
(Ibid, hal.245)
0 pengkritik yang bombastik:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen yang positif :)