Friday, April 1, 2011

APRIL FOOL DI BOLEHKAN JIKA . . .

Baca tajuk dah boleh ungkap ertinya kan?Dah penat rasanya masing-masing saling nasihat dan mengingatkan kita tentang APRIL FOOL ni ye tak?Tak perlu DK nak cerita panjang, memang semua dah sedia maklum. Tetapi, kenapa masih ada yang gatal lok lap mengeyam dok sambut lagi? Kenapa ye? Sebab tak peduli tentang ISLAM?Sebab tak peduli orang kata?Eiishhh!! Dk kata apa?Jangan tuduh orang sebarangan. Nak kena rotan???. Mungkin mereka tak di DENGAR kan dengan kisah sejarah april fool ke,mana kita nak tahu kan?. Eh tapi yang tak sambut tu tahu ke sejarah sebenar april fool ni? Kalau setakat...


tahu haram sambut tapi tak tahu sejarah,haa!! Tu yang jadi hukum harus untuk baca entry DK kali ni,hehe…

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. 

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. 

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
 Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

 Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. 

Kesasihan 100% tentang sejarah ni DK tak dapat pastikan tapi apa juga ceritanya,kita ambillah iktibar dan pengajaran ok guys!

So apa jawapan untuk tajuk DK tu ye?Nak tahu?Betul nak tahu ni?...eemmmm…April Fool dibolehkan jika,jika,jika….AAaaaa LU PIKIRLAH SENDIRI !!!   =)

0 pengkritik yang bombastik:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers