Sunday, May 15, 2011

7 KEAJAIBAN SETELAH MENANGIS

Siapa cakap,siapa kata, menangis tak ada gunanya? Bila kita  menangis memang boleh buat mata merah dan bengkak. Tapi tahukah anda, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Kenapa,tak percaya?.Ini dia DK sajikan anda dengan 7 keajaiban yang anda akan dapat setelah anda mengeluarkan air mata yakni kata saintifiknya menangis.




1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dihidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semula jadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut sebagai lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan kembali normal. Air mata yang dihasilkan dari mata yang menangis mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meneutralkan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun.

Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangi stres
Bagaimana menangis b mengurangi stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu melalui menangis, jangan dipendam kerana ia amat baik sebenarnya.

2 comments:

  1. ye..btol...saye stuju yg no.7 tu...sgt2 stuju... =)

    ReplyDelete
  2. @shek
    kalau setuju lepas ni tak perlu lagi tahan air mata ok? =)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen yang positif :)

Selamat Membaca...

Related Posts with Thumbnails
Nama saya Mohd Syafiq Happy Birthday tickers