Selama menjalankan ibadah puasa, masalah bau mulut seringkali
menimbulkan ketidakselesaan. Semasa berpuasa, pengeluaran air liur dalam
mulut dan dalam saluran pencernaan berkurang sehingga menjadi lebih kering.
Akibatnya timbul halitosis atau bau mulut. Bau mulut juga boleh disebabkan
penyakit sistemis seperti liver, perut, saluran pernafasan dan ginjal.
Sedangkan penyakit gigi dan mulut penyebab nafas tak segar di antaranya gigi
berlubang, radang gusi, gingivitis kerana karang gigi, dan periodontitis. Tapi
bagi kita orang islam,mulut orang yang berpuasa ni harum baunya macam kasturi
di sisi Allah SWT. Ok just for sharing tips,sila baca dengan senang hati.
Sebenarnya bau mulut semasa menjalankan puasa tak perlu dirisaukan. Baca beberapa tips sederhana mencegah bau mulut selama puasa, seperti di sarankan dari holisticcare-dentalclinic.
1. Menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan menggosok gigi dan lidah secara benar. Bersihkan sela-sela gigi dengan benang gigi. Jika menggunakan cecair kumur, jangan memakai cecair dengan kandungan alkohol di atas 25 peratus kerana meningkatkan risiko kanser rongga mulut.
2. Periksa ke doktor gigi anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Bila ada masa, lakukan spa gigi dua kali dalam sebulan untuk menjaga kesihatan gigi.
3. Elakkan merokok dan alkohol kerana memberi kesan memburukkan status kebersihan mulut yang mencetuskan terjadinya gingivitis dan periodontitis. Alkohol mengurangkan pengeluaran air liur yang akan memburukkan bau mulut.
4. Perbanyak pengambilan buah-buahan pengusir bau mulut seperti epal, sengkuang dan lobak merah. Teh hijau mengandungi bahan aktif catechin yang dapat menghilangkan plak, menurunkan kadar gula, dan membunuh bakteria penyebab bau mulut. Minumlah 2-5 cawan teh hijau sehari.
5. Keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuat email gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi.
6. Perbanyak pengambilan air putih minimal satu liter atau lapan gelas sehari selama berbuka hingga sahur. Ini untuk menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
7. Ambil makanan probiotik seperti yogurt yang memelihara pencernaan dan menghalang bau mulut.
mekasih sudi lawat blog cikmisi..done follow sini.. haha~ yogurt tu penting ~ hehe
ReplyDeletebtw, cikmisi mo promote something..sangat berguna+berinformasi+bermotivasi..siyes neh.. mampu dimiliki..cikmisi da pom memilikinya..ayuhh =)
http://keyrajoongki.blogspot.com/2012/07/e-book-superbb-powerr-tak-menyesal-punya.html
ok blog anda akan diterjah skrg!! :)
Deletekunjungan pertama , im from indonesia
ReplyDeleteterima kasih ya kerana sudi berkunjung di blog ini. :)
Delete