Pernahkah korang semua terfikir kenapa haiwan perlu disembelih terlebih dahulu sebelum di makan?. Bukan hanya kerana disebabkan perintah Allah,tetapi dari sudut sains juga,terdapat banyak fakta kebaikan menyembelih binatang terlebih dahulu. Kadang-kadang kita pandang remeh benda hal ni,padahal apa yang kita makan akan jadi darah daging kita,persoalannya kita yakin ke semua yang kita makan tu melalui proses halal islam?Tahu ke kita dari mana sumbernya dan cara prosesnya?Sebab apa yang aku paham,kalau kita makan makanan yang tak halal,doa kita susah nak diterima Allah,wallahualam. Minta dijauhkan
semua tu.
semua tu.
Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan
menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak
berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan
korban pada Aidiladha. Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh
Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah
mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.
Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan
dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan
haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya
tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia
mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar? Pendirian Islam
mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama
membabitkan daging.
Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan
binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati
tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati
dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih
atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim).
Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher
Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan
tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara
selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan
pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat
mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan
rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman,
mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang
bersih dan segar.
Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di
pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas
dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor
haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas,
memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh
mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).
Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG)
dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung
semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian
mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak
mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.
Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan
ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat
kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan
banyak darah mengalir keluar dari badan.
Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan
haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke
paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak
akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari
badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut
penyelidikan itu.
Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan
terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat
sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas
terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan
banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk
dimakan.
Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf
tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit
lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta
protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.Malah, lebih menggemparkan,
kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk
diambil dagingnya di Amerika Syarikat.Kajian lain yang dijalankan di seluruh
dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak
disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan
tidak sembelih.
Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan
menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan
itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Selain itu,
Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat
disempurnakan dengan lebih baik.
Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya
sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan
benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.Islam menjelaskan, proses
menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf
otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.
Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika
disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu
disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan
tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr
Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.
“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan
haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.Jika saraf tunjang terputus, fiber
saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan
terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala
dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak
sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.
Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat
berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta
mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti
kejam dan tidak berperikemanusiaan.
babi juga haram bagi kaum muslim
ReplyDeleteya,betul tu :)
Delete