Siapa tak kenal dengan lagenda terkemuka Bruce Lee. Hampi satu dunia tahu dengan ketangkasan dan kehebatan beliau.Tapi aku rasa masih ramai juga yang tak tahu dan kurang info tentang Bruce Lee yang awesome ni.Walaupun dia awesome,aku dengar dia kalah dan mati sebab kena penangan silat,entahla,tak pasti fakta tu betul ke tak.Entry kali ini aku ade beberapa fakta yang aku rasa sangat menarik untuk dikongsi,ditatap dan dimamah.Korang tahu tak cerita IP MAN tu,ha tu la guru dia!
1. Bruce Lee memiliki kecacatan kaki yang
panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.
2. Bruce Lee sebenarnya memakai cermin mata yang
cukup tebal, dan dia menggunakan soft lens. Ternyata di Amerika soft lens sudah
ada dari zaman dahulu.
3. Bruce Lee bukan 100% cina, ibunya Grace Lee
adalah campuran cina & german, jadi boleh dikatakan Bruce Lee memiliki 1/4
darah Jerman.
4. Bruce Lee pertama kali tampil dalam filem
pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam
Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.
5. Dalam suatu lelong, sebuah surat tulisan
tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dengan judul "My
Definite Chief Aim" terjual dengan harga US $ 29,500.
6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat
dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.
7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk
ukurannya, dia dapat melakukan push up 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka
Chong Li) yang sebegitu gagah tidak pernah menang gusti lengan melawan Bruce Lee.
8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu
tangan hanya dengan 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan kadang-kadang dengan dua
tangan, namun hanya menggunakan ibu jari saja.
9. Bruce Lee mempopulerkan teknik ‘one inch punch’ yaitu
tinju dari jarak 1 inci, dan pada satu turnamen karate, dia mempraktekannya
pada seorang juara judo asal Jepang yang memiliki berat sekitar 100 kg. Di sini
terlihat pejudo itu ditinju dari jarak 1 inci sampai terangkat kedua kakinya
dari lantai.
10. Pada umur 13 tahun, Bruce Lee berguru pada
Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada waktu itu beliau sertai geng atau kumpulan dan sering
bergaduh dengan geng/kumpulan lain. Dia berfikir kalau teman-teman gengnya tidak
bersamanya, bagaimana jika dia diserang ramai-ramai.
11. Ada tiga murid Bruce Lee yg pernah memenangi
World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.
12. Di Amerika Bruce Lee mengajarkan kung fu
kepada semua bangsa dengan tidak memilih dan kerana itu dia ditentang oleh
perguruan kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art
kepada bangsa lain.
Bruce Lee menerima tentangan itu dan menghajar
wakil dari perguruan tersebut dalam waktu 3 minit. Bruce Lee kecewa, menurut
dia perkelahian haruslah berlangsung lebih lama lagi. Dari sini dia mula
berlatih dengan lebih keras lagi, dan mencari konsep "Jeet Kune Do".
13. Filem Dragon: The Bruce Lee Story yang
dilakonkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak tepat dalam
menggambarkan kisah nyata Bruce Lee. Dalam filem itu, Bruce Lee ditendang
tulang belakangnya, menjadi lumpuh dan harus duduk di kerusi roda.
Dalam kejadian nyata, cedera Bruce Lee
disebabkan kerana dia berlatih dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan
cedera tulang belakang, dan sebenarnya dia tidak pernah duduk di kerusi roda.
14. Dalam istirehat dari cedera tulang
belakangnya Bruce Lee selama 6 bulan, terciptalah buku "Tao of Jeet Kune
Do" yang menjadi best seller.
15. Beberapa waktu sebelum kematian Bruce Lee,
pa qua (sejenis jimat yang dipercaya dapat menangkal evil spirits) pada rumah
Bruce Lee jatuh tertiup angin.
0 pengkritik yang bombastik:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen yang positif :)