Sekarang
ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan
dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan
daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat
dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di
mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport
dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.
Kadang-kadang kulit babi ni susah kita nak kenal pasti,lagi2 bila pihak pembuat
tu dah warnakan kan ke,gulung ke lipat ke,so nak taknak kita kena teliti
betul-betul.
Selaku umat Islam, kita
sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit
terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu
barangan itu diperbuat daripada kulit babi:
1. Tengok dan perhatikan
betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi
adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk
dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan
mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk
segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik
bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi,
anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama
kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit
lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti
gambar di atas adalah petandanya.
2. Harga barangan kulit babi ini
biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang
lain.
3. Biasanya kulit babi ini
digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi
biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit
babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak
digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan
dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk
membuat sandal untuk lelaki.
So macam mana? Pernah ke korang
terbeli barangan buatan daripada kulit babi ni seperti kasut, beg tangan, tali
pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.
InsyaAllah
Jangan lupa kongsikan artikel ini
kepada kenalan Islam kita, semoga kita semua lebih berhati-hati di masa
hadapan..
Terima kasih...info yg sangat menarik
ReplyDeleteIni ada video pasal kulit babi
http://videokiki.com/video/dUGuKa0jRRE/kasut-kulit-babi-wmv/