Assalamualaikum. Kadang-kadang,terlalu banyak mitos dan teori yang kita ikut dan amalkan dalam kehidupan seharian. Adaalanya aku rasa tak masuk akal pun ada,tapi nak buat macam dah orang tua cakap,jangan melawan. Tapi kadang-kadang ada juga yang betul dari segi sainsnya. Apa yang aku akan senaraikan ni adalah beberapa perkara yang kita tidak digalakkan untuk buat. Kalau nak buat juga dan masih degil,terpulanglah ye,tak salah pun tapi kesannya korang tanggunglah sendiri ye sahabat.
1. Jangan merokok - Pengalaman para ahli membuktikan bahawa
merokok selepas makan setanding dengan merokok 10 batang rokok (peluang terkena
kanser, tinggi).
2. Jangan memakan buah-buahan dengan segera - Memakan
buah-buahan dengan segera setelah makan akan menyebabkan perut kembung. Kerana
itu makanlah buah-buahan 1-2 jam setelah makan atau 1 jam sebelum makan.
3. Jangan minum teh, kerana dedaunan the asam yang sangat
tinggi. Zat ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita
makan menjadi keras dengan demikian susah untuk dicerna.
4. Jangan melonggarkan tali pinggang anda - Melonggarkan
tali pinggang selepas makan akan dengan mudah menyebabkan usus pencernaan
terbelit / melilit dan tersumbat.
5. Jangan mandi - Mandi akan menyebabkan aliran darah
meningktat ke bahagian tangan kaki dan badan, dengan demikian banyaknya darah
disekitar perut akan berkurang. Ini akan melemahkan sistem pencernaan didalam
perut kita.
6. Jangan terpedaya - Orang selalu berkata bahawa selepas
makan berjalan 100 langkah akan membuat kamu hidup sampai 99 tahun.
Kenyataannya ini tidak benar. Berjalan setelah makan akan menyebabkan sistem
pencernaan menjadi tidak mampu menyerap nutrisi dari makanan yang kita makan.
7. Jangan terus tidur - Makanan yang kita makan tidak akan
mampu dicerna dengan sempurna. Sehingga boleh menyebabkan radang perut dan
jangkitan pada usus pencernaan kita.
0 pengkritik yang bombastik:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen yang positif :)