seperti dikutip New York Times, mengatakan, "Darah adalah sesuatu yang sangat berharga. Melepaskannya berisiko tinggi."Kajian terbaru yang dilakukan Lazzari dan diterbitkan di jurnal Current Biology mengungkap bahawa pengeluaran cecair pre-urin bertujuan untuk menurunkan suhu badan ketika makan, yang boleh mencapai 40 darjah Celsius.
Untuk mendapatkan kesimpulan itu, Lazzari meneliti nyamuk jenis Anopheles stephensi. Semasa makan, cecair urin dan pre-urin nyamuk itu dikeluarkan di hujung ususnya. Kadang-kadang, cecair tergantung seperti embun yang menitik sebelum jatuh.
Menurut Lazzari, semasa urin dan pre-urin dikeluarkan, cecair menguap dan menyejukkan suhu tubuh hingga mencapai 3 darjah Celsius. Mekanisme ini adalah salah satu kehebatan serangga dalam mengawal suhu badan.
Nyamuk bukan satu-satunya serangga yang menggunakan makanannya sendiri untuk menetapkan suhu tubuh. Lebah misalnya, membuang sedikit manisan yang dimakannya untuk menjaga kepala tetap dingin semasa terbang.Hebatkan ciptaan Allah ni. :)
kencing??????
ReplyDelete